Wednesday, October 09, 2019

Patato Baked

 
 
 

Idea makan malam untuk seisi keluarga, versi menghabiskan stock dari dalam peti sejuk. Macam mam lain, Sue selalu pening juga untuk sediakan makan untuk ahli keluarga. Hakikatnya itulah delima biasa.
 
Sesibuk manapun kena pastikan family kita settle bab makan. Walau penat macamana pun, kena juga ada makanan, tak kiralah masak sendiri, atau makn di luar.
 
Bab Makan di luar, tak bolehlah buat selalu. Maklumlah anak dah 5, kalau hari-hari nak makan luar, pengsan poket kan.
 
So, masing-masing suka makan sedap. sekali makan di kedai pasti cecah RM50. Kalau dah berkali-kali, jika di hitung jejak beratus juga Rm yang kelluar.
 
So, kalau kita masak  menu sedap di rumah, RM50 yang kita keluarkan tu, macam stock makanan 3 hari. atau 2 hari, Jadinya Sue suka sangat simpan stock, bahan-bahan macam cheese, Pasrty puff, Herb, Tepung roti, tepung cakae, Chocolate powder, Chocolate filling. Ini semua benda wajib ada.  Anytime kita nak masak memang semua dah ready.
Kali ni, pening nak masak apa,  buka peti, Nampak slice cheese dan bahan-bahan lain....
 
 
 
Keratan rentas Baked Patato Sue
 
Cara Nak Buat Patato Baked Cheese
1, Sediakan pastry Puff,  terap bulat2 dan masukkan ke alluminium foil

2. Sediakan filling Nanti Sue share resepi filling yang Sue guna ya.
3. Masukkan patato yang dah dilenyek di bahagian dasarnya
 
4. Diikuti dengan filling daging  burger
 
5. Bakar 30 minit
 
6. Letak cheese slice, Sue letak bila tinggal 2 ke 3 minit dah nak masak.... sebab nak texture cheese tu macam gebu gitu....
 
7. Susun dalam pinggan cantik-cantik, dan panggil semua orang makan..... Oppsss jangan lupa snap gambar cantik-cantik.
Ok Selamat mencuba,
 

 
1. Isi Filling
 
 
2. Baru keluar Oven
 
 

Tuesday, March 19, 2019

Kerabu Mangga Mix

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih dalam mood jaga makan (bukan diet). Jaga Makan tu maksud bagi untuk kurangkan pengambilan makanan manis dan berkarbo, dan berminyak. So istilah nya banyakkan makan sayur dan buah-buahan.

Sebab tu tak payah bagitahulah kan.... Lebih sihat.

saya memang sangat mengelak dari menyiksa diri dengan ikat perut kalau nak kurus. So, kenalah create cara yang membolehkan saya tetap masih boleh makan dengan syoknya.

So everyday saya akan mencari menu yang saya boleh sediakan untuk sesuatu yang kena dengan tekak dan perut saya.

So, terjadilah untuk hari ni... kerabu mix... Ideanya datang dari idea salad. Tapi saya tak berapa minat dengan dressing salad yang ke arah western. Biasalah tekak orang Asia. Dia suka benda-benda yang lebih masam-masam manis dari yang ber cream.

Macam mana nak buat.

Anda boleh guna apa sahaja jenis sayur-asalkan sedap di makan mentah. So untuk itu saya sediakan bahan-bahan yang dah saya guna di bawah.

A. Bahan Salad

Pauh Muda (Hero)
Kobis purple (Heroin)
Betik Muda (Pelakon tambahan)
Tomato Cherry (Penyeri)

B. Bahan Rencah

Udang kering segenggam
Serai 2 batang
bunga Kantan 2 kuntum.... akak guna yang tak kembang lagi, kira mudalah
Daun Limau purut 5 helai (potong rampai)
Cili padi 7 biji. (Kalau nak pedas guna cili terpedas kat dunia tu) haha
secubit garam,
gula secukup manis (akakletak sikit jer)
Limau nipis 5 biji.

Cara membuatnya

Campur semua bahan dan perahkan limau nipis....
Taraaaaa... dah siap!

Jemput makan Semua!





Bahan salad


Bila semua bahan dah dicampur..


Yeyyy Dah siap!

Seronok sangat makan dengan anak-anak yang sangat suka. 

Ok... Selamat mencuba.

Cara membuat Popia Basah




Saturday, March 09, 2019

Green Tea Cookies




Green tea @ matcha cookies.

Gila laaa cookies ni. Amarannya. jangan beli.










Kek Pisang Gebu



Kek pisang gebu...

Simple tapi tetap menjadi pilihan sekeluarga. Kebiasaannya selepas 12 jam memang kek menjadi sangat moist.

Tetapi kebiasaannya, ramai customer yang tunggu panas-panas. So, biasanya lepas keluar oven terus ada yang tunggu. Menjual kek macam ni mudah sikit sebab tak perlu sejuk sangat sebab tak perlu di cream kan.

banyak cara untuk menikmati kek pisang yang kosong tanpa cream tu.

Lagipun, ramai dikalangan golongan warga emas pun suka.

Untuk tempahan,

sila hubungi: 0132609488

atau wasup kami di  www.wasap.my/60132609488

terima kasih.

Sunday, March 03, 2019

Cara buat Apam mekar Anti Gagal



Tiada Rahsia untuk Berjaya
------------------------------------
Oleh: Suhaila Abdullah


Kalau lihat pada bentuk dan texture memang akan menjadi kegilaan untuk di cuba. 
Otak ni selalu tertanya-tanya macamana boleh merekah sebegitu rupa. 

Cuma, untuk dapatkan resepi yang betul untuk elak percubaan yang gagal,   macam-macam kata carian yang telah saya guna. Hingga timbul kekeliruan untuk kategorikan kuih ni dalam kumpulan baulu, kek, atau apam.

Hasil carian di dalam blog dan video, saya dapati penggunaan perkataan kue Mangkok kalau versi indonesia, Ia lebih mudah diikuti resepinya. Dan alhamdulillah saya menemui resepi yang betul dan mudah untuk difahami.

Cuma, carilah translate jika anda tidak berapa fasih tentang penggunaan bahasa indonesia.

Ini adalah resepi yang telah saya guna dan saya ubah mengikut cara saya.

Bahan-bahan

3 biji telor
300 gram gula pasir
300 gram tepung
1 sm baking powder
1sm  ovelate
300 mm air sprite

Cara membuatnya

Satukan semua bahan, dalam mangkuk mixer dan putar dengan kelajuan tinggi. Putar sehingga kembang dan likat.  kemudian isikan ke dalam mangkuk kertas yang telad disediakan, dan kukus selama 10 minit hingga masak sempurna.

Tips

* Jika menggunakan mixer tangan pastikan anda memutar pasa satu arah sahaja, kerana ia akan mempengaruhi  tahap mekarnya apam anda.

* Pastikan isian anda penuh cetakan, sebab kalau tak apam anda tak akan kembang cantik.
*Pastikan kukusan anda sudah betul2 mendidih dan kmempunyai wap yang banyak, sebab wab yang banyak ini akan membantu apam anda kembang dengan suburnya.

*buat latihan banyak sikit untuk dapatkan corak yang cantik ya.
*Ajak kawan-kawan anda makan sebab makan sorang confirm tak  habis.




(Gambar di atas adalah hasil saya buat dari resepi yang saya share di sini. ) Dah 3 kali saya buat, hasilnya alhamulillah konsisten)



Sunday, February 17, 2019

Tart Nenas.



Tart Nenas gulung tetap menjadi pilihan utama. Syokkkk sangat bila dapat makan tart nenas gulong. Dulu, nak makan tart nenas gulong ni memang setahun sekali laaaa jawabnya....  Datang beraya ke rumah saudara mara, bila jumpa balang tart nenas macam nak mengadap sorang2.

Sampai setiap rumah yang di tuju, pasti inilah dulu yang di cari. SIap boleh beza... yang mana satu yang paling sedap.

Sampai hari ni, akak tak dapat tart nenas rumah arwah pakcik.....

Wednesday, February 13, 2019

Event dan Sandwich





Ada masanya saya suka joint event. Dan biasanya kuih muih dan sandwich adalah pilihan saya.





Sandwich Box



Assalamualaikum. Ada masanya akak suka buat sandwich. Selalunya jual yg biasa-biasa sahaja... tuna mayo, Sardin, dan Egg mayo. 
Apa pilihan roti anda untuk sandwich? Biasanya akak lebih suka menggunakan TOOP BAKER sebab roti lebih tebal dan tak terlalu lembut. Jadi ia lebih mudah di potong dengan mengurangkan kecacatan masa memotong. 


Untuk menempah sila wasap kami di link www.wasap.my/60132609488

Terima Kasih.

Tuesday, February 12, 2019

Birthday cake


















Happy Birthday Ustaz




Simple cake untuk birthday ustaz kat kelas pra Ameen ni. 

Bila dah tiba-tiba assistant kelas pra ameen order cake untuk celebrate birthday... Just dapat tawarkan sponge cake je laaa yang mudah. 

 inilah hasilnya... 

untuk order boleh klik link  ini. www.wasap.my/60132609488



Fruit Pastry Cake






This our Fruit pastry cake yang sangatlah membuat jiwa raga jadi kacau bilau.
Mana taknya... kita baru berangan nak buat, tengok-tengok meletop2 di media sosail. Macam dah tak boleh menahan diri nak buat juga. 

Apa sebenarnya Fruit Pastry cake ni. Sebenarnya ia adalah butter cake biasa yang hanya menggunakan buah-buahan sebagai hiasan on Top. dan ia di bakar sekali. 

Apa yang menyebabkan ia meletop-letop?
Biar gambar yang berbicara..... Dengan warna yang ghairah macam tu... saperlah yang boleh tahan kan.... 


Kita boleh guna mana-mana resepi kek butter dan hiaslah kek anda dengan buah-buahan.

Please kalau nak kreative jangan terikat dengan buah strawberry sahaja. 

Dalam dunia ni ada macam2 buah. So jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. 

More Color, More Variety. 





Birthday cakes for Ameen





Chocolate moist cake
Price: RM75

Wednesday, January 30, 2019

Wedding Cake.



Wedding Cake



Satu bentuk kepuasan bila dapat menyiapkan task yang di berikan.

Ini adalah  buttercream cake. Nampak licin macam fondant kan, Ya sebab ia menggunakan teknik steam buttercream. 


Bunga dan hisan tu, saya menggunakan  fondant. Lebih mudah nak handle.

Design yang satu ini, saya menggunakan buttercream dengan kaedah melepa cream sehingga menjadi kemas dan rata.



Bila buat cake yang tinggi masalah paling besar adalah bagaimana nak handle cake tersebut untuk penghantaran jarak yang agak jauh.  Struktur cake kenalah kukuh, untuk elak dari kek mendap ke dalam.

Yang ini paling saya gemar sebab tak messy dgn cream yang sangat berisiko untuk rosak.  kiranya kek fondant ni lebih senang untuk di handle, sebab boleh pegang-pegang permukaannya. 


Berat cake macam ni boleh capai 25++ kg. Biasanya menggunakan 


kek yang lebih berat dan padat. Contohnya butter cake, red velvet, fruit cake, dan lainnya. 



Design bunga yang kecil2 ni nampak sahaja mcam mudah nak buat kan...... tapi ambik masa yang banyak, sebab perlukan jumlah petal yang banyak untuk siapkan keseluruhan cake.




Biasanya untuk kek yang macma ni, saya perlukan 2 hari 



untuk menyiapkannya. 




Design yang ni, customer minta red velvet cake.Tetap saja menggunakan buttercream untuk hiasan bunga di setiap tingkat kek tersebut.


Frosting keseluruhan kek, untuk red velvet ini adalah cream cheese. 











Untuk menempah, sila klik link di bawah;

www.wasap.my/60132609488


Ikhlas dari;


Bakers suhaila Abdullah